Kutipan Filem RM12 Juta Tapi Masih Belum Balik Modal, Mawi Perjelas Sebabnya
Umum mengetahui, sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai filem Mat Kilau yang kini sudah meraih kutipan RM12 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan.
Malah, filem tersebut turut menjadi bualan ramai di media sosial sehinggakan ada yang berbaju Melayu serta bertanjak untuk menonton filem tersebut di pawagam.
BACA: Ramai Nak Boikot Mat Kilau, Syamsul Yusof Percaya Rezeki Allah
Terbaru, perkongsian pelakon, pengarah dan penyanyi Mawi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video menjelaskan meskipun kutipan filem tersebut sudah melebihi RM12 juta tapi masih belum balik modal.
View this post on Instagram
Menjelaskan mengenai perkara itu, Mawi menggunakan filem Mat Kilau sebagai contoh. Seperti semua tahu, pembikinan filem Mat Kilau menelan belanja sebanyak RM8 juta.
Mawi berkongsikan, dalam masa seminggu jika berjaya mendapat kutipan sebanyak RM12 juta namun tidak dapat pulangan modal lagi kerana banyak perlu ditolak.
Menurut Mawi, daripada kutipan untuk minggu pertama itu perlu ditolak cukai hiburan sebanyak 25 peratus dan bakinya perlu dibahagikan 50 peratus dengan panggung wayang.
Jelasnya lagi, itu baru diceritakan mengenai minggu pertama. Pada minggu kedua dan seterusnya lain pula kiraannya dimana panggung wayang akan mengambil lebih sedikit iaitu naik sebanyak 5 peratus setiap minggu.
Diakhir perkongsiannya itu, Mawi turut mengingatkan supaya orang ramai tidak terlalu selesa dengan jumlah kutipan sebanyak RM12 juta itu dan terus menyokong filem Mat Kilau.
Tambah Mawi lagi, perkongsiannya itu dalam masa sama mahu memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih tahu mengenai perkara tersebut serta terus menyokong filem-filem Melayu.
“Kat sini sebenarnya saya nak kongsi dan juga nak bagi kesedaran juga, nak bagi orang ramai tahu bahawa kita jangan berhenti menyokong filem kita.
“Sekarang ni tengah cantik, jadi harap-harap terus kita sokong filem Mat Kilau ni supaya kutipan boleh pergi ratus juta, tak mustahil. Kalau kita bersatu, kita sokong,” katanya.
Apa kaitan Mat Kilau dgn mawi?
sapa si Mat Mawi ni ?
tgok la video tu smpai habis bodoh..tau nk sedap komen je..#bendabaguskitaamik
Suka abg mawi ni…baik. Dia buat filem sikit ari tu apa Takde Tajuk ke apa tah pun bagus.
Laa..ye ke?
Tp aku suka tgk dah hujung2 sbb org xramai..selesa sikit
Mat kilau tapi xde bhsa phg huh
Tu laa ada org pertikai skrip mudah sngt cm xde idea, ada org komen color grading x kena dgn suasana zmn peristiwa tu berlangsung mcm cnth kalo filem hantu biasa warna dia akan suram, gelap utk dtg kan feel atau suasana mood direction filem tu. Ada yg komen psl bahasa, ada yg komen psl fakta sejarah, ada yg komen bab busana atau pakaian dan mcm2 lg laa. Bg aku yg komen ni semua org yg x faham apa yg dia pertikai pun. Bab kata Samsul xde sapa nk buat benda yg cincai atau asal boleh je. Semua ada sbb walau dengar bajet 8 juta tp sebenarnya Malaysia ni kita belum ada industri mcm lain2 industri filem kt luar negara. Kita xde tenaga pakar dlm semua bidang2 khusus jd peranan tu terpaksa laa pengarah yg buat sendiri. Jd dah tentu xde satu org yg boleh buat semua kerja dgn sempurna dlm dunia ni. Tu yg berlaku kelemahan dan kekurangan! Apa yg penting sapa yg tngk filem akan dpt mesej yg dia nk sampaikan!