fbpx

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kisah kelakar dan fakta menghiburkan mengenai pelakon terkenal Indonesia, yang juga popular menerusi drama Bawang Putih Bawang Merah iaitu Nia Ramadhani menjadi bualan hangat netizen.

Baru-baru ini, kisah Nia sekali lagi mendapat perhatian ramai apbila pembantu peribadinya mendedahkan rahsia tentang perangai ‘pelik’ Nia ketika membeli belah.

BACA: Nia Ramadhani Tak Reti Potong Buah, Hanya Temankan Saja Di Dapur

Menurut pembantunya, Nia tidak pernah menjejakkan kaki ke dalam ‘fitting room’ untuk mencuba pakaian. Jika dia berminat untuk membeli sesuatu pakaian, Nia cuma melihatnya pada model dan ukurannya sahaja.

https://twitter.com/KakiDramaTV1/status/1336971061766705152

Ujar pembantunya, jika pakaian yang sudah dibeli tidak muat di badannya, dia akan terus memberikannya kepada orang lain tanpa berfikir dua kali.

Dedah pembantunya lagi, Nia juga tidak suka pergi ke kaunter bayaran selepas selesai memilih barang-barang kerana membayar di kaunter adalah perkara yang agak menakutkan.

Kata pembantunya lagi, Nia khuatir jika dia akan berasa menyesal apabila melihat jumlah perbelanjaannya sendiri yang pasti mencecah harga luar biasa.