fbpx

Nia Ramadhani, Suami Mengaku Ambil Syabu Sejak Lima Bulan Lalu

Hari ini hangat diperkatakan di media sosial Indonesia apabila selebriti terkenal Nia Ramadhani dikatakan telah ditahan polis selepas disyaki terlibat penyalahgunaan dadah.

Pelakon drama sinetron popular Bawang Putih Bawang Merah itu bersama suaminya, Ardie Bakrie didakwa mengambil dadah jenis syabu sejak lima bulan lalu.

BACA: Nia Ramadhani Mengaku Pakai Rantai RM2, Tetap Nampak Mewah

Menurut pihak polis, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat.

Difahamkan, pemandu peribadi pasangan suami isteri itu juga didakwa mengambil syabu dan sudah ditahan telebih dahulu.

Pasangan suami isteri itu ditahan semalam di Pondok Indah, Kebayoran Baru. Berdasarkan ujian air kencing, pasangan suami isteri itu positif dadah jenis syabu.

Pasangan terbabit dituduh atas fasal 127 Undang-Undang No 35 Tahun 2009 berkenaan penyalahgunaan dadah dan hukuman empat tahun penjara.