Ni Antara Port Paling Selesa Untuk Keluarga, Macam-Macam Ada!

Fulamak, jejak jer kaki kat sini rasa macam dalam rumah sendiri pula. Beza nya sini ruang lagi besar dan selasa, siap boleh main aci sembunyi lagi, punyalah besar ruangnya.

Tapi port macam IPC Shopping Centre ni memang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Bukan sebab shopping mall semata-mata tapi sebab keselesaan tu yang paling penting. Nak shopping pun tenang jer bila kawasan besar macam ni.

Bagi korang yang dah lama terkurung dalam rumah disebabkan MCO ni, elok lah terjah IPC Shopping Centre . Memandangkan kedai pun dah boleh beroperasi, boleh lah kita support each other. Maklum lah bila MCO ni ramai peniaga yang terjejas, ramai orang yang tiada kerja. Jadi kita yang kurang terjejas ni tak salah kalau #kitajagakita.

Nak-nak lagi korang yang Work From Home tu mesti bosan gila terkurung dalam rumah dengan situasi kerja lagi mana dengan nak laksanakan tanggungjawab di rumah lagi. Boleh lah lepas ni relax kan minda korang tu di IPC Shopping Centre sambil-sambil cuci mata.

Ada apa Jer Di IPC Tu?

Kalau korang tanya ada apa dia IPC Shopping Centre, macam-macam ada. Dari sekecil-kecil barang sampai sebesar-besar barang. Semua ada di IPC Mall. Lagi best, bila dah penat tawaf IPC Shopping Centre yang lima tingkat tu, korang boleh lepak di port lepak di ruangkan yang disediakan. Boleh lah korang rehat sekejap lepas tu sambung shopping balik.

Paling kami tak sabar nak masuk IPC Shopping Centre ni bukan apa, dengar #Citer-Citer IPC Mall ada buat sale. Macam best pula bila dah lama terkurung dalam rumah, sekali keluar boleh angkut bawa balik macam-macam sebab harga di IPC kali ni tak masuk akal.

Dari benda makan sampai lah ke peralatan rumah semua ada sale bersempena bulan kemerdekaan ni. Promosi #Citer-Citer IPC yang berlangsung sehingga 3 Oktober ni akan buat korang rambang mata tengok potongan harga yang ditawarkan.

Time ni lah korang kena membeli sebab barang tengah murah kan. Sambil-sambil tu korang boleh support peniaga-peniaga di situ untuk pulihkan kembali ekonomi mereka dek kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang diteruskan sehingga ke hari ini.

Pusing-pusing IPC tu tipu lah kalau keluar dengan tangan kosong. At least mesti ada juga barang kat tangan, lagi-lagi kalau pergi dengan geng mak-mak lagi lah banyak barang yang kena angkut.

Dah siap pusing IPC singah pula IKEA kat sebelah tu. Asalnya nak singgah makan jer, sekali dengan barang-barang IKEA terbawa balik. HAHA

Memang kali tu korang akan letih berjalan lah, tapi fun sebab boleh rehatkan minda korang yang dah lama terkurung tu. Masuk pula tempat yang besar dan luas memang sesuai sangat lah nak bawa keluarga lepak-lepak sambil cuci mata.

Bagi korang yang nak santai-santai sambil tenangkan fikiran dan cuci mata tu elok lah jadikan IPC Shopping Centre ni port korang. Tapi sebelum masuk IPC tu pastikan korang scan dulu mysejahtera, jangan lupa check suhu sekali. Ingat ikut SOP di mana sahaja korang berada.

Kalau korang tahu lebih banyk info mengenai IPC ni boleh layari laman rasmi IPC, Facebook, Instagram dan Youtube IPC Shopping Centre.



×