fbpx

Netizen Ungkit Kisah Silam, Zynakal Kembali Ambil Ubat Stabil Emosi

Penyanyi muda Zynakal mengakui terasa hati dengan komen yang ditinggalkan netizen menyentuh isu kesihatan mental yang dilaluinya sebelum ini.

Zynakal turut berkongsikan paparan skrin memaparkan komen-komen negatif daripada seorang netizen yang mengkritiknya serta menyamakannya suaranya dengan beruk.

BACA: Ibu Zynakal Meninggal Dunia

Tenang menerima kata-kata hinaan tersebut, penyanyi itu berkata dia hanya manusia biasa dan berterima kasih dengan tohmahan yang diberikan.

“Aku tak minta untuk jadi begini, cuma pinta jadi manusia biasa. Terima kasih untuk kata-kata, hanya doa untuk kita semua agar hati terbuka dan berlapang dada,” tulisnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai status kesihatannya, Zyn berkata dia masih berehat dan memerlukan pengambilan ubat bagi mengurangkan masalah kesihatannya.

Pada September 2019, Zyn disahkan menghidap bipolar mania dan menerima dirawat di HKL selepas menyerang seorang pekerja stesen minyak di Ampang, Kuala Lumpur.