fbpx

Ibu Zynakal Meninggal Dunia

Ibu kepada penyanyi Zynakal iaitu Zuraidah Ibrahim, 53 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman dalam darah dan komplikasi buah pinggan di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru, di sini, jam 1 petang tadi.

Pengurus Zynakal, Mohammad Khushairi berkata Allahyarham Zuraidah yang juga merupakan kakak kepada Zamani daripada kumpulan Slam berkata arwah dikejarkan ke hospital, dua hari lalu berikutan keadaannya yang sangat lemah.

BACA: Zynakal Dedah Dirinya Anak Angkat, Ibu Kandung Seorang Pengemis

Bagaimanapun, ketika kejadian, Zynakal atau nama sebenarnya, Mohammad Raziq Rosli tidak berada di rumah berikutan mereka tinggal berasingan.

Katanya lagi, Zyanakal reda dengan pemergian ibunya yang juga kakak kepada penyanyi, Zamani yang sudah lama menderita penyakit buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis, sejak beberapa tahun lalu.

“Zynakal reda dengan pemergian ibunya kerana dia sudah tidak sanggup melihat ibunya menderita. Zynakal tidak berada di sisi ibunya ketika arwah menghembuskan nafas terakhir, tetapi dia sempat meluangkan masa bersamanya malam tadi,” katanya.

Jenazah ibu Zynakal akan dibawa ke Masjid Taman Keramat untuk memberi peluang kepada keluarga dan rakan taulan memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan, hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham Zuraidah bertindak menguruskan syarikat pengurusan Zamani, ZIME Production.