fbpx

Netizen Tunjuk Bukti Dakwa Video Lucah Kononnya Ebit Lew Adalah Deepfake?

Baru-baru ini hangat diperkatakan diperkatakan mengenai video lucah didakwa mirip pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Lebih kecoh pabila ada pengguna Twitter mendakwa ada bukti bahawa lelaki di dalam video berkenaan ada pendakwah tersebut.

Terbaru, seorang netizen mendedahkan bukti bahawa video lucah berkenaan adalah palsu dan telah direka atau deepfake. Difahamkan, individu tersebut turut meminta pertolongan rakannya yang lebih arif dalam dunia penyuntingan untuk meneliti video tersebut.

BACA: Netizen Tunjuk Bukti Lelaki Dalam Video Lucah Memang Ebit Lew?

Menerusi satu perkongsian di Facebook Ebit Lew Channel, individu itu turut mengatakan sebelum ini fasilitator dan penganalisis jenayah di Malaysia, Kamal Affendi dalam satu video juga tidak menyebut bahawa video itu adalah palsu atau deepfake.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran di sebalik dakwaan oleh netizen berkenaan. Apa pun lebih baik pihak berkuasa melakukan tugas mereka.