Ifa Raziah Bangga Ustazah Asma’ Harun Datang Minta Maaf
Baru-baru ini, penyanyi sensasi Ifa Raziah ada berkongsikan video meluahkan rasa sebak dan terharu apabila akhirnya berpeluang untuk berjumpa dengan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi video dikongsikan, Ifa berkata dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengan pendakwah itu dan tidak sangka rezekinya dapat bertemu di satu majlis.
BACA: Dah Jangka Tersingkir, Ifa Raziah Tak Kisah Dikecam
Namun lain pula ceritanya menerusi satu temu bual bersama Media Hiburan, Ifa memaklumkan dia berasa bangga kerana pendakwah itu sendiri yang datang kepadanya untuk meminta maaf.
“Seorang pendakwah, Ustazah Asma’ Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah selar saya sebagai seorang wanita istidraj di media sosial. Pendakwah tau yang datang minta maaf,” katanya.
Seperti sudah dijangka, kenyataan Ifa itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan jawapan diberikan penyanyi itu seolah angkuh dan riak.
Kata netizen, Ustazah Asma’ Harun memohon maaf untuk menjernihkan kembali keadaan dan pertemuan itu hanya kebetulan serta tidak dirancang.
- SUMBER
- Media Hiburan
Sekejap haters pegi mati sekejap terima kasih haters..apela nasib haters nie ya
Makin lama makin kesian dengan dia ni…
Riak nye. X kisahla spe salah ifa oiii..cbe la stop riak. Nk bktikn ko pe sbnrnya
dia lupe dia kalah sebenarnye dalam hal ni..
org yg sentiasa cakap sorry sorry walaupn bkn salah dia..dia lah pemenangnye…
lagi malu bile dia ckp mcm tu huhu…xpela netizen lg pandai mne betul atau tidak…mesti lepas dia ramai kecam dia mesti dia pk asik salah aku jew…
Halahhh.. Halahhh.. Aku ghaser kn, setazah asma nie ada TERngumpat nko dlm diam nie pah.. Nko jgn pasan noo!tpi tk per la kite Berhusnuzon yg boek² jurr
Kalu ada producer nak buat filem kisah rosmah mansor ambek lah dia pegang watak flom. Sesuai sangat ngan dia dah mcm rosmah 2.0
riaknya…