Netizen Teruja Neelofa Hampir Dedah Wajah Bilal
Usia Muhammad Bilal kini sudah mencecah enam bulan, sememangnya ramai yang menantikan untuk melihat wajah anak sulung kepada selebriti terkenal, Neelofa.
Baru-baru ini, Neelofa dilihat ada memuat naik video anaknya itu sedang makan menerusi Insta Story miliknya.
BACA: Neelofa Mohon Sedikit Masa Lagi Untuk Kongsi Wajah Bilal
Menerusi video yang dikongsikan semula oleh peminat, Bilal dengan bersemangat menepuk-nepuk meja dipercayai ketika sedang diberi makan.
View this post on Instagram
“Makanan pertama. Habis dia penyek (makanan) dengan tangan sadonya,” tulis Neelofa.
Meskipun wajah Bilal belum didedahkan sepenuhnya, namun ramai peminat teruja melihat perkembangan anak sulung pasangan Neelofa dan PU Riz itu.
Dalam pada itu, di ruangan komen ada yang meneka Bilal seperti anak ‘mat saleh’ kerana memiliki kulit yang putih dan berambut perang.
Sementara itu, semalam Neelofa dilihat memuat naik gambar anaknya di Instagram sekaligus memberi ‘hint’ wajah comel anaknya. Menerusi perkongsian itu, Neelofa meluahkan rasa mengenai anaknya yang kini genap berusia enam bulan.
Seperti sudah dijangka, perkongsian foto itu membuatkan ramai teruja dengan kecomelan anak Neelofa dan PU Riz itu serta mendoakan Bilal menjadi anak yang soleh. Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa geram melihat tangan Bilal yang gebu serta memiliki kulit yang putih.
- SUMBER
- Kosmo!
netizen atau peminat fanatik nelofa? sebab aku tak kisah pun dia nak tujuk ke tidak. Nanti bila dah tunjuk ada pulak yang komen bukan bukan lepas tu sentap so kena pandaila bawa diri
Takut dgn byg byg sendiri latew. Takut org ngutuk??. Jaga ain??.
Eloklah forever x tunjuk.
Peminat fanatik tak kisah mempergunakan anak untuk meraih perhatian…betul ke cara ni…??? bukan ni mengexploitasikan kanak kanak ke??? atau kalau dia semua dimaafkan?
Aduuuuh dah hampir2 nak dpt tgk dan tatap wajah neelofa junior. I dah lama tunggu. Mmg betul ini yang paling hampir dpt tgk wajah bilal sbb saya nng mengikuti perkembangan terkini ttg Neelofa dan keluarganya. Mereka ini mmg stylo sgt semua dan semua adalah bisnes ikon zaman kita. Kita sgt bertuah kalo dpt tgk wajah sebenar putera Malaya.
Moga2 bertabahlah yer. Errmm…Mesti hensem sgt mcm mak ayah dan pasti kacak nenjadi buruan wanita nnti.