Neelofa Mohon Sedikit Masa Lagi Untuk Kongsi Wajah Bilal
Hampir lima bulan menimang cahaya mata sulung, sememangnya ramai yang tidak sabar melihat wajah anak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Muhammad Bilal.
Bagaimanapun, Neelofa meminta sedikit waktu lagi untuk berkongsikan wajah anaknya. Ujarnya, sebagai ibu dia mahukan yang terbaik meskipun ada yang menjadikan isu penyakit ‘Ain sebagai bahan gurauan
BACA: Neelofa Mungkin Akan Bawa Bilal Pergi Kerja
“Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘Ain. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.
“Malah hal ini di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi saya mungkin boleh melangkaui takdir.
“Saya buat ini (belum dedah wajah anak) walau orang kecam macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak. Tunggu bagi dia besar sikit. Bukan saya nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak.
“Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit, barulah kita akan bawa dia keluar dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa turut berterima kasih kepada pihak atau selebriti yang bersetuju dengan tindakannya itu. Ujarnya lagi, apa yang dilakukannya itu juga adalah untuk menjaga kesihatan mental anak apabila semakin dewasa kelak.
“Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi yang mana dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa.
“Apa yang dilakukan ini juga untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga,” katanya.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah, PU Riz pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari lalu.
- SUMBER
- Harian Metro
baiklah
tak perlu lah tunjuk wajah anak tu.
ramai juga anak2 yg comel baru berapa hari sudah buat photoshot.
ain yg kena itu sebab perangai emak bapa dia yg mengada2 dari bercinta, kahwin, bulan madu, selepas bulan madu, tak habis2 buat kontrovesi sebab boleh bayar nak tunjuk kaya.
tu lah orang menyumpah
Biarlah anak org, our children hak kita nak gambar ke tak…ini hak dia
MESTI BURUK MACAM JEBAT.
LEBIH BAIK KAU SIMPAN SAMPAI KIAMAT LAH TAK SAPA TERLIUR NAK TENGOK MUKA ANAK KAU.
LEBIH AFDHOL KAU DAN KETURUNAN PUAK KAU BERAMBUS DARI INDUSTRI HIBURAN. BANYAK LAGI MUKA QUALIFIED LEBIH CANTIK LEBIH HELOK
Budak tu suci tak berdosa, Mulut jahat ni, tak takut ke tempah neraka free? Tunggu ke jari jemari jadi saksi kat padang mashar bila kena soal apa yang kamu pernah type ni. Semoga dijauhkan,amin.
Aku x rasa ada org kemaruk nk tgk bilal. Cuma perangai hajah suka tease. Tnjuk sipi2, tnjuk ujung jari. If xnk tnjuk, update psl urusan keje/bisnes je. Hal famly simpan kemas2. Bkn xde artis lain yg sorok fmly. Xde pun kne kecam. Tp kau mmg sejenis mengundang.
kenapa kaum netizen nak tengok gambar anak minah ni? apa yg special sangat? amat membosankan
Ain bila tnjuk wajah ank je, kalau tnjuk duit anak tak ain. gitu kan hajjah?