fbpx

Netizen Terpegun Intan Najuwa Tak Kekok Masak Juadah Raya

Hari Raya tahun ini sememangnya sangat berbeza dan mengejutkan apatah lagi kita menyambut sehari awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Namun, ianya merupakan kenangan manis apabila rata-rata rakyat Malaysia kelam-kabut menyediakan juadah raya termasuk golongan selebriti.

BACA: Intan Najuwa Tak Kisah Tentang Harta Benda, Hanya Mahu Cinta Sejati

Syawal pertama baru-baru ini, pelakon Intan Najuwa turut berkongsikan video di aplikasi TikTok memaparkan dia bersama ahli keluarga sedang bertungkus-lumus memasak juadah hari raya.

@intannajuwaaa

Me & mama di malam raya ?

? Raya Raya Raya – DOLLA

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu yang tidak kekok memasak di dapur.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan tiada masalah untuk meminta hantaran RM30,000 kerana bukan saja cantik tetapi bijak dan cekap di dapur.