Intan Najuwa Tak Kisah Tentang Harta Benda, Hanya Mahu Cinta Sejati
Setiap wanita pasti impikan cinta daripada seorang lelaki termasuklah pelakon Intan Najuwa yang mahukan pasangan yang menerima diri seadanya.
Menurut Intan, dia mahukan pasangannya itu menerima dirinya yang sebenar bukan kerana sebagai selebriti yang dikenali ramai.
BACA: Netizen Kagum Intan Najuwa Dapat A Subjek Law
“Perkara paling penting ialah tidak meletakkan jangkaan terhadap pasangan. Jangkaan hanyalah satu syarat untuk mencintai seseorang.
“Cinta sebenar tiada syarat. Saya hanya inginkan seseorang lelaki yang menerima dan melihat diri sebenar di sebalik kemasyhuran yang dimiliki,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun itu berkata dia tidak kisah tentang harta benda serta tidak meletakkan sebarang syarat dalam setiap hubungannya.
“Sejujurnya, saya juga tidak kisah tentang material (harta benda). Cinta sejati susah untuk diraih, kita cuma boleh berharap untuk menemuinya sekali dalam hidup atau mungkin tidak akan dapat,” katanya.
Perkara itu dikongsi selepas Intan Najuwa diajukan soalan oleh pengikut Instagramnya mengenai sasarannya dalam sebuah hubungan cinta.
- SUMBER
- Kosmo!
Percaya sangat … ha ha haa aku ketawaaaaaaaa
apa gosip nya
yea lah tu…klau kawen ngn brader pasang mozek gaji hari mau kaa?
Aku cinta kau najwa wpun kau kentut busuk, taik gile busuk nk termuntah, cili lekat kat gigi, ada taik idung dkt2 lubang, taik mata penuh pagi2, taik telinga terkeluar..
Tapi aku hanyalah executive bergaji 4k ….nak ke
Klu brani, jom kita test lying detector
Ye le tu…apa apa pun perempuan mesti nak suami yang dapat menjamin masa depan mereka, maksudnye bukan cinta tapi poket tebal. dont be stupid keluar statement seperti nak cinta sejati. Kalau poket kering, tak ada erti cinta sejati
Kalau itu yg dicari akulah orgnya. Aku tak kisah ko terkenal ke retis ke krn aku memandang ko melampaui batas kemasyuran yg ko miliki. Kerana ko tidak memandang harta aku hanya miliki cinta sejati yg sangat susah diraih. Sejujurnya aku sanggup menerima ko seadenya walaupun aku hanya rider partime food panda. Waktu lain aku partime ngan indon pasang jubin.
Nak uji senang je. Cari mamat kerja kerani jualan tapi hensem. Gaji tetap minimum rm1500. Kereta baru nak buat loan beli axia. Duduk sewa bilik rm200 sebulan. Tapi cinta sejati dgn you. Nak?