fbpx

Netizen Terpegun Dengan Kecantikan Anak Che Ta

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan. Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun.

Malah, kecantikan Che Ta juga turut diwarisi oleh anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana. Meskipun baru berusia 7 tahun, namun Aaisyah sangat cantik.

BACA: Zain & Aaisyah Positif Covid-19, Che Ta Tunda Cuti Anniversary Di Pulau Mewah

Baru-baru ini, Che Ta ada berkongsikan gambar sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Zain Saidin. Aaisyah dilihat cukup manis mengenakan tudung dan jubah putih.

Rata-rata netizen mengatakan, raut wajah Aisyah seiras dengan bapanya, namun kecantikannya pula sama seperti ibunya. Meskipun hanya memakai jubah, namun Aaisyah dilihat seperti seorang model dan pandai bergaya.

Malah, ada netizen mengatakan Aaisyah nampak elok meskipun masih masih budak lagi jika dibandingkan dengan diri mereka.

Che Ta mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin pada Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah kini berusia tujuh tahun.