fbpx

Emma Maembong Akui Tak Suka Keluar Shopping

Wanita dan membeli-belah sememangnya tidak dapat dipisahkan. Pantang ada jualan merah, memang terus serbu. Namun berbeza buat Emma Maembong yang mengakui dia tidak suka keluar semata-mata membeli belah.

Emma berkata dia tidak suka keluar membeli pakaian dan kebiasaannya hanya membeli secara atas talian sahaja. Namun, Emma berkata ada kalanya dia akan keluar juga untuk membeli pakaian, namun lebih selesa beli secara online.

BACA: Alvin Chong Tak Kisah Emma Maembong Unfollow Di Instagram

“Sebenarnya saya ni paling tak suka ‘shopping’, lagi-lagi pilih-pilih baju di kedai.

“Biasanya memang buat online shopping sahaja. Tapi orang kata sekali sekala perlu juga keluar dan buat pembelian secara langsung. Barulah ada pengalaman yang berbeza,” katanya.

Emma mendedahkan perkara itu menerusi program realiti The House musim pertama dalam episod 9 yang pernah ditayangkan pada tahun 2016.

The House 1 menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong menerusi sebuah program realiti digital disiarkan kembali sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).