fbpx

Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan pengarah berbakat Nam Ron menjadi perhatian ramai apabila memuat naik fotonya separuh bogel. Lebih mengejutkan, Nam Ron yang dilihat tidak berbaju dan hanya menutup bahagian sulitnya menggunakan patung unicorn.

Memberi penjelasan mengenai gambar tersebut, Nam Ron berkata apa yang dikongsinya merupakan ujian untuk semua orang termasuk dirinya.

BACA: Nam Ron Sahut Cabaran, Kongsi Gambar Separuh Bogel Nak Dapat 1 Juta Followers

“Saya adalah ujian untuk tuan-tuan dan puan-puan. Kalian adalah ujian untuk saya. Semoga kita sama-sama lulus berdepan ujian.

“Dalam kehidupan ini, jangan hanya harap dipuji kerana dikeji juga ada kebaikannya. Pujian adalah racun sedangkan kejian adalah penawar untuk hati supaya kita sedar diri,” katanya.

Dalam entri tersebut, Nam Ron berkata rahsia kebahagiaan adalah apabila kita berbuat baik dengan semua orang tak kira siapa mereka.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen mengakui terkejut dan merasakan kapsyen tersebut tidak sesuai dengan gambar berkenaan.

Malah, ada yang berpendapat tindakannya itu seolah mempersendakan Tuhan apabila bercakap tentang Allah tetapi memuat naik gambar seperti tiu.

September tahun lalu, Nam Ron memuat naik gambarnya separuh bogel. Tindakannya itu adalah secara sarkastik menyahut cabaran sebuah produksi yang mengenakan syarat untuk mengambil pelakon yang mempunyai jumlah pengikut sekurangnya 1 juta di media sosial.