fbpx

Baru-baru ini perkongsian pelakon, Nam Ron menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya separuh bogel di Instagram.

Difahamkan, tindakannya itu adalah secara sarkastik menyahut cabaran sebuah produksi yang mengenakan syarat untuk mengambil pelakon yang mempunyai jumlah pengikut sekurangnya 1 juta di media sosial.

BACA: Nam Ron Bimbang Menteri Bangang Ganti Maszlee

Menerusi entri itu, Namron turut meninggalkan kapsyen sindiran mengatakan dia akan menyiarkan foto bogel sepenuhnya jika misinya itu tercapai sebelum tahun 2022.

“Menyahut cabaran tv station dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang kurang 1 juta pengikut di medsos. Road to 1 million followers. Foto bugil penuh akan disiarkan sekiranya sasaran tercapai sebelum 2022,” tulisnya.

Perkongsian Nam Ron itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis yang terhibur dengan perkongsiannya itu. Setakat ini, Nam Ron mempunyai 108,000 pengikut di Instagram, manakala di Twitter mempunyai 51,000 pengikut.

Terdahulu, penerbit terkenal Hj Zil mendedahkan sebuah syarikat televisyen telah mengenakan syarat untuk produksinya mengambil pelakon yang mempunyai 1 juta pengikut di Instagram.