fbpx

Netizen Terkejut Badan Aizat Amdan Kembali Kepada Asal

Hampir empat bulan mendirikan rumah tangga, penampilan terbaru penyanyi Aizat Amdan menjadi bualan ramai di media sosial.

Menerusi satu video dimuat naik seorang pengguna TikTok memaparkan penyanyi berusia 33 tahun itu sedang membuat persembahan di khalayak ramai.

BACA: Isteri Bengang Aizat Amdan Dikutuk Gemuk, Dituduh Bapa Tak Ajar Solat

@ameersyh

Healinggg ke tuu :(

? original sound – syah – syah

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa terkejut melihat perubahan bentuk badan penyanyi itu yang berbeza.

Kata netizen bentuk badan penyanyi itu kembali kepada asal, namun ada yang beranggapan Aizat kini sedang bahagia melayari alam rumah tangga dan mendakwa disebabkan itu mengalami perubahan fizikal.

Tidak kurang juga, ada netizen meminta supaya orang ramai tidak mengkritik bentuk fizikal penyanyi itu kerana apa yang penting sihat tubuh badan.

Terdahulu, Aizat Amdan mendirikan rumah tangga bersama Elyssa Alia Illias yang juga pengurusnya pada 14 Ogos dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di A Park, Puchong, Selangor.