Isteri Bengang Aizat Amdan Dikutuk Gemuk, Dituduh Bapa Tak Ajar Solat
Ahad lalu, penyanyi Aizat Amdan telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hati yang juga merupakan pengurusnya, Elyssa Alia.
Memetik Kosmo, Elyssa berkata dia terbuka menerima teguran atau kritikan namun menolak tohmahan berkaitan body shaming atau yang menyentuh nama ibu bapanya.
BACA: Aizat Amdan Sah Bergelar Suami Elyssa Alia, Pilih Bulan Madu Di Mexico
“Saya tak kisah orang tegur pasal perangai atau rupa saya tapi jangan sentuh tentang tubuh badan saya. Bagi saya, anda tak patut menghakimi seseorang berdasarkan apa yang mereka pakai namun, saya tak kisah andai dihakimi disebabkan perangai.
“Saya berharap sesiapa selepas ini, apabila jumpa Aizat, jangan tegur dia ‘eh kau dah berisilah’. Tiada siapa suka dengan perkara begitu,” katanya.
Mengakui cara pemakaiannya masih belum sempurna, Elyssa berkata dia sedang mencuba untuk menjadi lebih baik. Dalam pada itu, Elyssa menegaskan dia sangat pantang jika ada yang mengganggu keluarganya atau bercakap mengenai tubuh badannya.
“Kononnya, bapa tak ajar saya sembahyang sebab saya cakap Aizat jadi imam tapi, orang tak tahu betul-betul apa saya maksudkan dengan semua itu.
“Saya okey tapi ibu bapa saya tak okey. Pantang betul, orang kacau keluarga saya. Nak cakap saya bodoh ke bangang, saya tak kisah tapi tolong jangan sentuh keluarga atau tubuh saya.
“Saya tahu cara berpakaian saya sekarang tak elok. Tak cukup kain orang cakap. Saya mengaku tapi sedang mencuba untuk jadi yang lebih baik,” katanya.
Aizat Amdan sah bergelar suami kepada, Elyssa Alia Illias dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di A-Park pada Ahad lalu.
- SUMBER
- Kosmo
Buntal…
Biasalah org malaysia kalau tak body shaming mmg x sah…konon dah maju tp otak Masih otak kelas ke-3.
Apa dia cerita ni?
Baru nikah..duduk diam2 aje la…#naktumpangglamorsuamikerr
Baru nikah..duduk diam2 aje la?
Sama je cam bini caprice..baru sehari dua jd bini artis da macam2 citer kluau..melebih2 lak dr artis..aizat tu da le sendu..kau nk naikkan nama dia blik kau create citer bodoh camni..ape punye low class lah kau ni
tibah
x lah sekarang ni siapa artis sebenarnya? aizat ke wife dia? apa pasal si wife ni beria sangat bagi statement macam torpedo ni doh. ko siapa bagi statement? halah halah
dlm melodi bibir wife dia,nmpk pucat