Semalam berakhir sudah Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) menyaksikan 12 finalis memberikan persembahan yang hebat dan terbaik.
Turut tular video dikongsikan TV3 Malaysia di aplikasi TikTok memaparkan riak wajah Alif Satar yang terkejut apabila lagi nyanyiannya, Anugerah Terindah bersama The Locos memenangi tempat ketiga.
BACA: Terus Hidup Bergelar Juara Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37)
@tv3malaysia Tahniah Alif Satar and The Locos, Lagu Anugerah Terindah pemenang Tempat Ketiga Anugerah Juara Lagu 37 #AJL37 #DimensiMuzik #TV3Malaysia
Rata-rata netizen terhibur melihat reaksi wajah Alif itu yang seolah tidak menyangka menang tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu.
Kata netizen lagi, sebelum ini asyik jadi hos sahaja namun akhirnya berjaya masuk ke AJL dan lebih manis lagu dibawakannya menang.
Dalam pada itu, gelagat penyanyi Liza Hanim yang duduk di hadapan yang berseloroh tidur sekejap turut menjadi bualan.
Anugerah Juara Lagu 37 menyaksikan Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar dan The Locos dinobat tempat ketiga, tempat kedua dimenangi Satu Malam Di Temasik (Joe Flizzow & Sonaone) dan lagu Aina Abdul iaitu Terus Hidup dinobat Juara AJL37.