Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah tetap tenang mekipun dituduh netizen sebagai mandul susulan kenyataannya belum sedia menimang cahaya mata sendiri.
Menjawab komen jahat netizen tersebut, Watie berkata dia baru saja tiga bulan mendirikan rumah tangga serta percaya dengan perancangan ditetapkan oleh Allah.
BACA: Watie Reda Tiada Rezeki Anak Sendiri, Anak Tiri Dah Cukup
“Saya baru tiga bulan kahwin dan saya memilih untuk merancang tapi kalau Allah bagi, Alhamdulillah… Kalau Allah tak bagi pun Alhamdulillah, saya tetap syukur,” katanya.
Dalam pada itu, Watie berkata jika dia ditakdirkan tidak mempunyai zuriat sendiri, dia sudah pun mempunyai empat anak sekarang.
“Ada zuriat atau pun tidak, saya sudah pun mempunyai anak sekarang. Semoga doa awak itu berbalik pada awak… Kalau baik maka baiklah juga untuk awak,” tulisnya.
Sebelum ni, Watie memberitahu fokusnya kini adalah memberikan perhatian yang cukup terhadap anak-anaknya kini yang semakin meningkat dewasa.