fbpx

Netizen Tegur Nora Danish Main Buih Dengan Suami

Sejak minggu lalu nama Nora Danish menjadi perhatian ramai. Selepas kontroversi berpakaian sendat ketika mendaki bukit, kali ini foto dikongsikan pelakon itu mengundang kecaman netizen.

Menerusi satu entri, Nora dilihat memuat naik beberapa keping foto sedang mandi buih di dalam tab mandi bersama suami, Nedim Nazri. Nora turut meletakkan ‘tag’ lokasi di sebuah resort popular di Langkawi.

BACA: Nora Danish Dikecam Pakaian Hiking Terlalu Sendat

Seperti sudah dijangka, foto tersebut dihujani dengan komen kecaman dan teguran daripada netizen yang beranggapan foto itu tidak sepatutnya ditontonkan kepada umum.

Malah, ada segelintir netizen mempersoalkan tindakan Nora sejak kebelakangan ini apabila memuat naik foto yang menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Tidak kurang juga ada yang mengaitkan tindakan Nora dengan usianya yang bakal mencecah 40 tahun sepatutnya lebih matang sebelum berkongsikan sesuatu di media sosial. Bagaimanapun, selepas beberapa jam memuat naik, gambar itu telah pun dipadam.

Minggu lalu, Nora dikecam apabila berpakaian sendat ketika melakukan aktiviti mendaki bukit. Netizen berkata gambar tersebut kurang manis untuk dikongsikan apatah lagi dengan statusnya sebagai isteri dan ibu.