Netizen Tegur Fizo Omar Berseluar Pendek
Baru-baru pelakon Fizo Omar ada berkongsikan gambar percutian bersama isteri, Fazeera Nazri dan anaknya Wan Maryam ke Taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland).
Namun, perkongsian Fizo itu menimbulkan rasa kurang senang dengan penampilannya yang dilihat mengenakan t-shirt dan memakai seluar pendek.
BACA:Peminat Nampak Baby Bump Isteri Fizo Omar
Di ruangan komen, rata-rata netizen menegur pelakon itu yang berseluar pendek sehingga menampakkan bahagian lutut serta mendedahkan aurat sebagai seorang lelaki Muslim.
Malah, ada yang mengatakan pelakon itu pernah menunaikan ibadah haji tiga tahun lalu sepatutnya lebih peka mengenai hal aurat.
Tidak kurang juga ramai yang terkejut dengan penampilannya itu kerana selama ini tidak pernah melihat pelakon itu berseluar pendek seperti sedemikian.
Dalam pada itu, netizen juga turut tertumpu kepada perubahan fizikal isteri pelakon itu apabila ada yang mengatakan ternampak seperti baby bump pada bahagian perut Fazeera.
Fizo dan Fazeera bernikah dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana di sebuah resort di Janda Baik, Pahang pada Oktober lalu.
Okla tu bukanyer dia nak solat atau nampak sampai peha….
Tipikal netizen malaysia…kalau tak psl bila nk mengandung, psl aurat
Tegur la juga isterinya yg tak bertudung, baju ketat, nmpk lengan sume.. Isteri haji tu kan.. Haish korang ni
geli la tengok semua org yang perasan alim… yuck…
Bagusla komen, dah memang betul pun tu aurat. Dah tua pun x tau lg ke?
Biar la dia. Asal jgn bogel sudah. T mati kubur pn len2. Kdng netizen ni sibuk ngn hal org. Ken sendiri or ahli keluarga sendiri terselak tk perasan.