Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha ada memuat naik beberapa keping gambar mempromosikan barangan berjenama mewah.
Menerusi foto tersebut, Daiyan dilihat seperti memakai korset dengan seluar jeans biru sambil memegang sebuah beg.
BACA: Daiyan Trisha Tak Minat Nyanyi Karya Komposer Lain, Suka Buat Lagu Sendiri
View this post on Instagram
Namun, ramai yang kurang senang melihat gaya posingnya terkangkang dan didakwa seksi sehingga mengundang kecaman netizen.
Rata-rata netizen memberikan teguran kepada pelakon itu supaya menunjukkan contoh yang baik mendoakan agar diberikan hidayah buat Daiyan. Dalam pada itu, ada yang mengingatkan supaya tidak terus melakukan kemungkaran kerana sekarang banyak musibah berlaku.
Meskipun ramai yang mengecam, Daiyan dilihat tidak ambil peduli dengan kecaman yang dilemparkan. Apa yang pasti, Daiyan memang cantik dan pandai bergaya.