fbpx

Netizen Tak Restu Nora Danish Bawa Watak Samseng

Memiliki wajah baby face dan keanak-anakan, Nora Danish sangat sinonim dengan watak wanita lemah lembut dan jarang sekali membawa watak antagonist kerana rupa parasnya yang comel.

Baru-baru ini, Nora meluahkan hasratnya untuk melakonkan watak lebih mencabar seperti samseng. Ujarnya, dia teringin membawa watak berkenaan selepas menonton filem Young & Dangerous 3.

BACA: Nora Danish Akui Rimas Ditemani Pengawal Peribadi

Menerusi perkongsiannya di Intagram, Nora turut bertanyakan pendapat netizen adakah mereka bersetuju jika dia membawakan watak samseng atau ganas.

Rata-rata netizen bersetuju jika Nora membawa watak lain daripada yang lain dan tidak sabar untuk melihat Nora memainkan watak tersebut. Bagaimanapun, ada yang mengatakan Nora tidak sesuai kerana wajahnya yang comel dan suara yang lembut.

Teringin juga nak tengok Nora Danish bawa watak samseng. Nora Danish bakal kembali membawa watak Anis menerusi filem aksi Polis Evo 3 yang telah pun memulakan penggambarannya baru-baru ini.