fbpx

Netizen Tak Puas Hati Harga Tiket Konsert Aina Abdul Mahal

Umum mengetahui, penyanyi Aina Abdul bakal mengadakan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 di istana Budaya pada 25 dan 26 Jun depan. Meskipun harga tiket konsert yang dijual mencecah sehingga RM1,199 sekeping namun ianya laku keras.

Bagaimanapun, perkara itu menjadi perdebatan netizen apabila tular di media sosial memaparkan harga-harga tiket mengikut kelas.

BACA: Ini Maksud Disebalik Baju Pokok Bunga, Trofi Grammy Aina Abdul

Difahamkan, tiket konsert itu berharga antara RM109 (102 tempat duduk) hingga RM1199 (21 tempat duduk). Memetik Kosmo, hasil tinjauan mendapati tiket untuk dua kategori itu telah habis dijual.

Namun di laman Twitter, ada netizen meluahkan kekecewaan mengenai harga tiket yang dijual sehingga ada yang membandingkan Aina dengan penyanyi no.1 Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Lagu dah banyak macam Datuk Siti ke sampai letak harga tiket begitu,” luah seorang netizen.

“Aina Abdul siapa kamu? Tiket Yuna di Istana Budaya lebih murah,” komen netizen lagi.

Dalam pada itu, ada peminat mempertahankan Aina dengan mengatakan harga tiket mahal kerana tiada sebarang penaja dan jika tidak mampu tidak perlu sampai nak mengecam.

“Orang bising-bising pasal tiket Aina Abdul mahal. Dia buat konsert dekat Istana Budaya tanpa sebarang sponsor. Sudah tentu harga tiket akan mahal. Kau tak mampu beli, kau bukan target dia lah. Aduh.”

“Aina Abdul adalah penyanyi hebat yang ada dalam Malaysia nih dah tak mampu beli tiket jangan sampai downgrade dia!” kata netizen.