fbpx

“Netizen Tak Marah, Tapi Puak LGBT Yang Marah”

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai lagu baru kumpulan Bunkface berjudul Akhir Zaman, yang dikatakan mencetuskan kemarahan netizen susulan bait-bait lirik lagu tersebut yang menyentuh isu politik dan membantah LGBT.

Bagaimanapun, perkara itu disangkal oleh ramai netizen dan kelab peminat kumpulan Bunkface sendiri dimana mereka langsung tidak berasa marah dengan lagu tersebut tetapi sebenarnya komuniti LGBT yang tidak berpuas hati dan marah.

BACA: Bantah LGBT, Lagu Baru Bunkface Cetus Kemarahan Netizen

Perkongsian oleh kelab peminat kumpulan Bunkface itu mendapat pelbagai sokongan daripada netizen yang bersetuju dengan mereka. Dalam pada itu, ramai netizen mengatakan mereka sangat sukakan lagu tersebut dan memberikan sokongan penuh pada Bunkface.

Terdahulu, ada segelintir netizen menyifatkan lirik lagu tersebut agak keterlaluan  dan seolah sengaja mencipta lirik seperti itu untuk meraih perhatian demi melariskan lagu tersebut selepas sekian lama Bunkface tidak muncul dengan lagu baru.

Malah ada yang mahu melaporkan muzik video tersbeut kepada YouTube kerana dianggap menyebarkan kebencian dan diskriminasi kepada komuniti LGBT.