fbpx

Bantah LGBT, Lagu Baru Bunkface Cetus Kemarahan Netizen

Tampil dengan lagu terbaru berjudul Akhir Zaman, bagaimanapun karya oleh kumpulan Bunkface itu menimbulkan rasa kurang senang dan mencetuskan kemarahan netizen.

Ia berikutan bait-bait lagu tersebut seakan melakukan ‘serangan’ kepada golongan LGBT serta turut menyentuh isu sensitif berkaitan politik. Lirik lagu tersebut berbunyi, ‘mana pergi semua duit rakyat’ dan ‘LGBT pergi mampus’.

Ada segelintir netizen menyifatkan lirik lagu tersebut agak keterlaluan dan seolah sengaja mencipta lirik seperti itu untuk meraih perhatian demi melariskan lagu tersebut selepas sekian lama Bunkface tidak muncul dengan lagu baru.

Kata netizen lagi, meskipun tidak suka dengan golongan tersebut tetapi tidak perlu sehingga berbuat demikian.  Malah ada yang mahu melaporkan muzik video tersbeut kepada YouTube kerana dianggap menyebarkan kebencian dan diskriminasi kepada komuniti LGBT.

 

Dalam pada itu, ada yang mempertahankan Bunkface dengan mempersoalkan mengapa ada yang mengecam kumpulan tersebut kerana setiap orang mempunyai pendapat mereka tersendiri. Apa pendapat anda tentang lagu baru Bunkface ini?