fbpx

Netizen Suka Mark Adam Ganti Shuib Di Hot FM

Setelah berminggu berteka teki, segalanya terjawab apabila penyanyi dan pelakon Mark Adam diumum sebagai penyampi baru segmen Geng Pagi Hot hari ini.

Bergandingan bersama Fizie bagi menggantikan Shuib Sepahtu yang mengundurkan diri pada akhir Januari lalu, Mark akui kerjayanya berubah 360 darjah selepas menerima tawaran tersebut.

BACA: Dua Tahun Jadi Penyampai, Shuib Umum Tinggalkan Hot FM

“Kerjaya saya berubah 360 darjah. Semasa ditawarkan untuk menjadi penyampai Hot FM, saya fikir banyak kali sebab ini bukan saja kerjaya tapi tanggungjawab perlu saya galas,” katanya.

Sedar kekurangannya bertutur dalam bahasa Melayu, Mark berkata ia tidak menjadi halangan untuk dia terus menghiburkan pendengar dan teruja untuk menjalani sesi latihan.

“Bahasa Melayu bukan bahasa pertama saya, jadi untuk bertutur dengan lancar sebagai penyampai radio merupakan satu cabaran buat saya tetapi saya juga lihat peluang di Hot FM ini adalah satu cara memperbaiki bahasa pertuturan saya.

“Insya Allah, saya bersama Fizie dan Hot FM akan mencuba untuk menyajikan pengisian yang terbaik dan semoga para pendengar akan terhibur setiap pagi bersama GPH di Hot FM,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)

Sementara itu, di ruangan komen di Instagram Hot FM, ramai yang gembira dengan kehadiran Mark dan terhibur dengan telatahnya yang bersahaja serta berharap penyanyi berasal dari Filipina itu akan menjaga disiplin.