fbpx

Semalam perkongsian pelakon Elfira Loy menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan aksinya melompat di kolam renang.

Aksinya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa ngeri melihat tindakannya itu apatah lagi dia serang sarat hamil.

BACA: Elfira Loy Bakal Timang Anak Perempuan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Turut menjadi perhatian, pelakon itu melompat dengan memakai kasut tumit tinggi sekaligus memuatkan ramai rasa bimbang.

Bagaimanapun, ada yang memuji sikap berani Elfira yang sanggup melakukan aksi bahaya demi mendapatkan rakaman video yang menarik.

Sementara itu, pada perkongsian tersebut, Elfira memberitahu dia sedang bercuti dan sudah lama mahu ke lokasi tersebut.

Dalam pada itu, Elfira sempat mengingatkan mengenai aksi melompatnya itu tidak menjadi ikutan buat ibu hamil yang lain.

Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, Elfira meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan anak perempuan.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan itu menimang cahaya mata lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris kini berusia tiga tahun.