fbpx

Elfira Loy Bakal Timang Anak Perempuan

Bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon Elfira Loy meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan anak perempuan.

Elfira berkata dia sebenarnya sudah reda untuk menerima apa jua jantina anak keduanya itu namun berharap ianya bayi perempuan dan Allah mendengar doanya.

BACA: Elfira Loy Pertahan Pendirian

“Sejak Rayyan lahir lagi, saya doa zuriat saya perempuan tapi saya tak tahu Allah nak bagi bila. Jadi, dua tahun saya doa nak perempuan. Masya-Allah, Allah itu sangat baik dengan saya. Allah izinkan. Syukur, syukur alhamdulillah.

“Saya berdebar dan tak bersedia. Saya tahu saya harus terima seadanya jika ia bayi lelaki atau perempuan. Tapi dalam hati, memang saya tak boleh tipu.

“Saya berdoa dapat perempuan. Kalau orang lain tanya memang saya jawab tak kisah mana-mana jantina. Tetapi saya tak boleh sorokkannya daripada rakan terdekat. Mereka mesti tahu saya nak perempuan,” katanya.

Semalam, menerusi Instagram Elfira berkongsikan acara pengumuman jantina anak keduanya itu. Elfira turut memuat naik gambar memaparkan belon berwarna pink menunjukkan bakal menimang anak perempuan.

Dalam pada itu, Elfira berkata dia sebolehnya tidak mahu tahu jantina bayi anak keduanya itu. Malah, dia turut meminta doktor berkongsikan jantina bayinya kepada ahli keluarga dan rakannya.

“Kalau boleh tak nak tahu sampai dia keluar. Pada temujanji seterusnya, terus tanya doktor jantina bayi, tulis atas kertas dan beri kepada keluarga dan rakan-rakan tahu dulu,” katanya.

Elfira mendirikan rumah tangga dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan itu menimang cahaya mata lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris kini berusia tiga tahun.