fbpx

Netizen Sebak Tengok Fikry Ibrahim Mekapkan Ibu, Bawa Pergi Bercuti

Baru-baru ini perkongsian pelakon Fikry Ibrahim menjadi perhatian apabila memuat naik video bercuti bersama ibu tersayang ke Langkawi.

Menerusi video tersebut, Fikry dilihat tidak kekok menguruskan ibunya Bibi Zaleha, 74 tahun serta menyiapkan ibunya sebelum keluar bersiar-siar.

BACA: Fikry Ibrahim Mengaku Individu Diarah U-Turn Masa Roadblock

Difahamkan, ibu pelakon itu sudah tidak berapa berdaya untuk berjalan dan pernah diserang angin ahmar kira-kira dua tahun lalu.

Turut menjadi perhatian, Fikry dilihat memakaikan lipstick dan bedak pada wajah ibunya yang sedang berbaring ternyata menyentuh hati netizen.

Perkongsian Fikry itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengagumi serta memuji aktor itu yang menyantuni ibu tercinta.

Malah, rata-rata netizen turut mendoakan syurga buat Fikry kerana berbakti kepada orang tuanya dan dipermudahkan urusan.