fbpx

Netizen Minta Henti Tanya Shuib Soal Kahwin

Baru-baru ini, perkongsian pelawak Shuib Sepahtu menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya duduk di atas pelamin berseorangan di sebuah majlis perkahwinan.

Entri tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berteka-teki siapakah wanita bertuah yang memenangi hati bapa kepada empat cahaya mata itu.

BACA: “Tak Mungkin Saya Akan Bercinta Dengan Vida”

Malah, ramai yang tertanya-tanya siapa agaknya wanita yang akan duduk di sebelah Shuib di masa akan datang.

Meskipun ramai yang teruja mengenai jodoh Shuib, namun ada segelintir kurang senang serta meminta netizen supaya berhenti daripada bertanyakan soal kahwin kepada pelawak itu.

“Saya harap komen-komen ‘kahwin lagi’ perlu diberhentikan demi menjaga anak-anak dan menghormati arwah.

“Shuib nampak begitu merindui arwah dalam perkongsian dia,” komen seorang pengguna tanda beringat.

“Saya harap berhenti lah komen meminta Shuib berkahwin lagi. Jaga lah hati anak-anaknya dan arwah pun baru sahaja berapa bulan meninggal,” komen juga seorang netizen.

Terdahulu, Shuib mengakui sedang mengenali wanita lain. Bagaimanapun, Shuib berkata hubungan itu masih terlalu awal dan dalam fasa berkawan serta menyerahkan soal jodoh kepada Allah.