fbpx

Netizen Sebak Baca Luahan Hati Sharnaaz Buat Anak

Umum mengetahui Sharnaaz Ahmad telah menolak permohonan cerai yang difailkan isterinya, Noor Nabila bagi menyelamatkan rumah tangganya. Semalam Sharnaaz luah rasa hati kepada anak tersayang, Jebat Ayden.

BACA: “Kenapa Kahwin Elok, Nak Cerai Gaduh-Gaduh”

Menerusi Instagram, Sharnaaz memuat naik klip video bersama anaknya yang cukup menyentuh perasaan. Tulis Sharnaaz, beliau memohon maaf kepada anaknya dan berharap anaknya kelak memahami situasi yang berlaku sekarang.

Rata-rata ramai turut sama sebak melihatkan kesedihan Sharnaaz yang akan berpisah dengan anaknya. Malah beberapa rakan artis turut meninggalkan komen buat Sharnaaz agar terus kuat mengharungi dugaan ini.

Terdahulu Nabila menyatakan keputusannya untuk bercerai kerana mendakwa Sharnaaz memberikan nafkah zahir yang tidak mencukupi (RM500) walaupun berkemampuan memberi lebih serta tiada persefahaman.

Manakala adik kepada Nabila, Neelofa pula seakan menyindir Sharnaaz dengan memuat naik beberapa kenyataan mendakwa Sharnaaz kuat berdrama apabila menolak penceraian yang difailkan kakaknya. (rtky/w)