Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelakon dan pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera yang didakwa disebabkan orang ketiga dikenali sebagai Fara Salleh.

Baru-baru ini, perkongsian Fara menjadi perhatian apabila memuat naik video di TikTok serta menyatakan dia hanya menjadi diri sendiri.


BACA: Fara Salleh Bengang Kena Tempias Isu Ira Kazar & Syamsul Yusof

@panggilfarajelah

Diri sendiri ?

? Wanita Yang Kau Pilih – Rossa

Perkongsian Fara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan wajah wanita itu sama dengan pelakon Izreen Azminda. Malah, ada yang mengatakan pada awalnya mereka menyangka wanita tersebut adalah Izreen.

Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan ‘perangai’ juga sama dengan Izreen yang sebelum ini hangat dengan kontroversi berkahwin dengan suami orang.


Sementara itu, ada netizen memberitahu mendakwa baru-baru ini ternampak Fara besama Shuk Shahar yang memakai pelitup muka di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang.