fbpx

Fara Salleh Bengang Kena Tempias Isu Ira Kazar & Syamsul Yusof

Sudah beberapa hari berlalu, isu Syamsul Yusof berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

Namun, susulan isu perkahwinan pengarah terkenal itu, nama Fara Salleh iaitu wanita yang pernah dikaitkan dengan pelawak Shuk Sahar turut terkena tempias.

BACA: Fara Salleh Tunai Umrah, Netizen Doa Tak Kacau Suami Orang Lagi

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Fara dilihat ada memuat naik status menerima pelbagai mesej kecaman tentang perkara yang tiada kena mengena dengan dirinya.

Meluahkan rasa tidak puas hati, Fara turut memberitahu bukan dia individu yang membawa pasangan itu bernikah di Thailand serta menguruskan perkahwinan mereka.

“Aku sepatutnya ditahan sebab dah empat hari tak sedap badan. Dan aku juga dapat banyak kecaman disebabkan isu Ira Kazar dan Sol (Syamsul).

“Sejujurnya, aku tak terlibat dan tak tahu mengenai dia orang. Bukan aku yang bawa dia orang ke Thailand dan aku tak kerja sebagai imigresen yang cop pasport dia orang atau kadi dia orang,” tulisnya.

Fara turut memuat naik mesej diterima daripada netizen yang mengecamnya dan mengatakan dirinya ‘penyondol’. Dalam pada itu, Fara turut meminta netizen berhenti mengecam dirinya. Ujarnya, dia mempunyai hidupnya sendiri dan tidak ambil peduli tentan hal orang lain.

“Tolong berhenti hantar mesej berbentuk kecaman kepada aku. Aku ada hidup aku sendiri dan aku tak ambil peduli dengan hidup orang lain. Untuk netizen, sila cari Allah SWT daripada cuba cari dosa orang lain,” katanya.