fbpx

Netizen Samakan Baju Eyka Farhana Dengan Alas Meja

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Eyka Farhana menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video mempromosikan produk pengering rambut dari jenama terkenal.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah dress pendek yang digayakan oleh pelakon itu apabila ada yang menyamakan dengan alas meja kerana coraknya.

BACA: “Dari Dulu Memang Saya Seksi, Pakai Seluar Pendek” – Eyka Farhana

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EYKA FARHANA ? (@eykafarhana)

Dapat dilihat Eyka memakai inner berwarna kulit di bahagian dalam namun ada segelintir netizen silap pandang sehingga ada yang mengatakan sakit mata melihat video tersebut.

Sejak kebelakangan ini nama pelakon itu menjadi bualan ramai apabila tampil seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Bagaimanapun, Eyka berkata dia lebih selesa berdiam diri daripada membalas kritikan netizen berkenaan isu pemakaiannya yang dikatakan terdedah.