fbpx

“Dari Dulu Memang Saya Seksi, Pakai Seluar Pendek” – Eyka Farhana

Sejak kebelakangan ini nama pelakon Eyka Farhana menjadi bualan ramai apabila tampil seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Memetik Kosmo, Eyka berkata dia lebih selesa berdiam diri daripada membalas kritikan netizen berkenaan isu pemakaiannya yang dikatakan terdedah.

BACA: Eyka Farhana Mengaku Segan Datang Event, Netizen Perli Tayang Body Tak Segan Pula?

“Bila sebut tentang seksi, perkara ini bersifat subjektif sebenarnya. Sebab dari dulu lagi orang sudah tahu saya begitu (seksi). 

“Saya memang pakai seluar pendek. Malah ada juga artis lain yang lebih seksi, namun pendapat netizen berbeza pula terhadapnya,” katanya.

Menurut Eyka lagi, ramai yang terkejut dengan penampilannya mungkin sudah terbiasa melihat dirinya di kaca televisyen dengan pakaian sopan dan tertutup.

Dalam pada itu, Eyka berkata jika penampilannya itu keterlaluan sehingga membuatkan netizen kurang senang, dia tidak akan memakai pakaian yang terlalu seksi lagi.

“Mungkin sebab kebanyakan pakaian saya ketika berlakon sopan dan tertutup. Jadi bila sesekali saya pakai pakaian terdedah seperti skirt misalnya, penampilan saya menjadi isu bagi netizen.

“Jadi netizen sebenarnya sudah terbiasa tengok saya sopan dalam drama, tapi bila di luar begitu (seksi). Tapi kalau betul pakaian yang saya pakai itu dikatakan sangat keterlaluan, saya tidak akan pakai lagi selepas itu,” katanya.