fbpx

Netizen Samakan Ayda Jebat Dengan AC Mizal Versi ‘Mak Nyah’

Jika sebelum ini, penampilan Ayda Jebat di minggu kelima konsert Famili Duo menjadi perhatian ramai apabila disamakan dengan Hantu Kak Limah.

Semalam, penampilan penyanyi itu sekali lagi menjadi bualan apabila tampil seperti Puteri Cleopatra. Ketika persembahan semalam, Ayda dan adiknya, Fyna Jebat tampil dengan hiasan keemasan di seluruh badan.

BACA:Halau’ Pekerja Suruh Semua Balik On Time, AC Mizal Dipuji Netizen

Rata-rata netizen memuji solekan oleh Dato’ Alha itu namun ada yang berseloroh dengan mengatakan wajah Ayda Jebat persis Dato’ AC Mizal ketika menjayakan watak ‘mak nyah‘ dalam filem Gerak Khas.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan wajah Fyna selepas disolek persis aktres Sharifah Shahora dan Sharifah Sakinah.