‘Halau’ Pekerja Suruh Semua Balik On Time, AC Mizal Dipuji Netizen
Pasti ada majikan di luar sana yang senang hati melihat para pekerja mereka melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh namun ada sampai yang bekerja lebih masa.
Namun, tidak bagi pengacara popular Datuk AC Mizal yang seolah tidak mahu budaya kerja melebihi waktu sepatutnya dipraktikkan dalam syarikat stesen televisyen miliknya SUKE TV.
BACA: Pernah Diperlekeh & Ditertawa, AC Mizal Artis Pertama Buka Stesen TV Sendiri
Baru-baru ini tular video dikongsikan oleh SUKE TV di aplikasi TikTok memaparkan pengacara itu mengarahkan semua kakitangannya meninggalkan pejabat apabila tamat waktu bekerja.
Menerusi video itu, AC Mizal juga berseloroh mahu mematikan sambungan elektrik jika mereka memilih untuk terus duduk di pejabat menyelesaikan tugasan.
@mysuketv Haa balik balik! ?????? DAC memang sempoi! ??? #SUKEsangat
“Tutup wifi, aircond semua. Lepas pukul 6 semua pakai kipas. Balik balik balik! Kalau aku curah cat.. balik sekarang. Pukul 6.05 petang, satu lif je buka eh,” katanya.
Dapat dilihat kakitangannya itu hanya mampu ketawa melihat aksi majikan mereka seolah ‘menghalau’ untuk pulang dengan segera.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gelagat AC Mizal serta memujinya sebagai majikan yang bertimbang rasa.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen bertanyakan ada kekosongan kerja di tempat tersebut kerana mahukan majikan seperti AC Mizal.
Terdahulu, impian Datuk AC Mizal akhirnya tercapai untuk membuka stesen televisyen dengan rangkaian media dan hiburan terbaharu di bawah jenama SUKE TV buat penonton di negara ini.
- SUMBER
- Ohmymedia
Yang komen tu kerja mana semuanya? Sedih betul masih di toxic environment. Banyak je tempat lain yang hybrid/balik on time etc.
Dgr mcm DAC nak jimat elektrik je bkn sbb bertimbangrasa sgt..ye la masyarakat Malaysia ni ramai je yg ngular n pakai wifi, elektrik pej utk kegunaan peribadi..cas phone la,layan FB/ TikTok pakai wifi pej n so on..
awl2 boleh lah..keje pun x banyak..cube nanti lepas 2 3 tahun kalau business terus berkembang..kerja masa diperlukan..aku tahu sbb ku keje di company yg bukak mase 1st day aku keje & now dah 7 tahun.. Business makin berkembang smpai ko sndri takut tgk jam berlalu cepat sgt..
kalau bukan kerana tonten mesti nak jimatkan kos elektrik dan bekalan oksigen dalam opis..
Makin beri kellonggaran nnti pijak kepala pula