fbpx

Netizen Risau Tengok Kedudukan Tangan Nabila Razali Dekat MK

Baru-baru ini, akaun Instagram milik Nabila Razali menjadi perhatian apabila penyanyi itu dilihat memadam semua fotonya dan memuat naik gambar memaparkan dia menggayakan gaun berwarna putih bersama seorang lelaki.

Menerusi gambar yang dikongsikan, Nabila dilihat berdiri rapat berhadapan dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan wajahnya.

BACA: Nabila Razali Ditegur Pakai Tudung Nampak Leher

Bagaimanapun, hari ini Nabila akhirnya berkongsikan gambar di Insta Story rupanya lelaki menggayakan seluar dan baju berwarna putih itu adalah MK daripada kumpulan K-Clique.

Di laman Twitter, rata-rata netizen seolah tidak terkejut dengan perkongsian Nabila itu sebaliknya berasa ‘muak’ serta mendakwa ia hanyalah gimik semata-mata apabila muncul dengan lagu baru.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai, ada netizen mempersoalkan posisi kedua-dua tangan Nabila yang terlalu rapat dengan bahagian sulit MK.