fbpx

Nabila Razali Ditegur Pakai Tudung Nampak Leher

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Nabila Razali ada memuat naik gambarnya dilihat sedang bersantai dipercayai sedang bercuti di tempat peranginan.

Menerusi gambar itu, Nabila dilihat cukup santai memakai busana sedondon warna peach bersama tudung digandingkan bersama topi. 

BACA: Nak Jaga Suara, Nabila Razali Tahan Nafsu Tak Makan Pedas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@nabila.razali)

Bagaimanapun, foto dikongsikan Nabila itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila ada yang menegur cara pemakaian tudungnya tidak sempurna kerana menampakkan leher.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengingatkan Nabila bahawa leher itu juga adalah aurat yang perlu ditutup serta mendoakan agar penyanyi itu terus istiqamah.

Sebelum ini, Nabila pernah dikecam gara-gara memakai baju renang yang dikatakan terlalu ketat dan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung ketika bercuti di pulau.