Netizen Puji Suara Sedap, Terpukau Dengar Lagu Raya Aliff Syukri
Seperti yang dijanjikan, hari ini usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya melancarkan lagu raya berjudul Chu Ku Chuk Raya di laman YouTube.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff berharap lagu raya terbaharu itu dapat mengalahkan kumpulan K-Pop tersohor, Blackpink di laman YouTube.
BACA: Isteri Aliff Syukri Selamat Bersalin Anak Keenam
View this post on Instagram
Baru saja dimuat naik dua hari, muzik video lagu rayanya itu sudah mendapat sebanyak lebih 300,000 tontonan di laman YouTube.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kemerduan suara Aliff serta mengakui usahawan itu sememangnya berbakat.
Dalam pada itu, ada yang terpukau mendengar lagu raya Aliff itu kerana seolah mengimbau kenangan lalu. Malah, ramai mengakui lagu rayanya kali ini sememangnya sedap di dengar sehingga tidak jadi untuk mengecam.
Bagaimanapun, ada yang mengakui Aliff mempunyai bakat terpendam sebagai penyanyi namun sepatutnya ‘dipendamkan’ sahaja.
- SUMBER
- YouTube
Aduii, bingit tlinga ni dgr sora ko.bru brckp tu blum lgu lg. Yg dgr dan pji pn pekak
masalahnya masa dia bercakap pun orang dah benci, suara kepit, dila dia sdia buat promosi suara dia terjerit jerit jenis kepitan buat netizen lagi benci dalah bahasa sebenarnya kalo dah bercakap x sedap apatah lagi menyanyi
yang puji melambung tu ‘berbayar tau bukan gratis
hahaha….steady baju raya hang oii…..macam spiderman….
I dont like this aliff syukri and i dont know how a datuk can be like this.
But..lets be frank. Lagu dia not bad actually. Catchy and happy tapi cara dia menyanyikan tu, cuba la matang n professional sikit..buat secara serious..takyah nak guna penari patah lembut gitu and pakai BAJU MELAYU yang sepatutnya.
Awie pun datuk jugak. Berlakon cerita lawak jugak..pandai buat orang ketawa jugak. Tapi this aliff syukri, tak buat apa pun, orang dah ketawakan dia.
Besar beza tu. Lu pikir la sendiri alip sukri oii.