Isteri Aliff Syukri Selamat Bersalin Anak Keenam
Tahniah diucapkan buat usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri apabila isterinya, Datin Seri Shahida selamat melahirkan cahaya mata keenam jam 3 petang tadi.
Memetik mStar Online, Aliff berkongsikan Shahida hampir menjalani pembedahan akibat bertarung dengan komplikasi bayi yang mengeluarkan tangan terlebih dahulu.
BACA: “Saya Dah Nasihat, Dia Bukan Budak-Budak Yang Saya Kena Pantau” – Datin Shahida
Bagaimanapun, Shahida selamat melahirkan bayi lelaki secara normal selepas 15 jam bertarung nyawa dalam dewan pembedahan.
View this post on Instagram
“Sejak pukul 5 pagi isteri saya berada dalam bilik bersalin dan sekitar pukul 3 petang tadi baru bayi kami selamat dilahirkan.
“Pada mulanya doktor mahu melakukan pembedahan kerana bayi mengelaurkan tangan terlebih dahulu dan bukannya muka. Namun saya bersyukur sangat semuanya dipermudahkan dan isteri saya dapat bersalin secara normal,” katanya.
Sementara itu, Aliff berkata dia mahukan anak yang ramai namun akur isteirnya tidak mahu lagi menambah zuriat. Malah, dia menghargai pengorbanan isterinya, apatah lagi pengalaman kehamilan kali ini adalah paling sukar.
“Saya suka suasana anak yang ramai, Kalau ikutkan saya mahu 12 orang anak tapi isteri saya nak tutup kilang sebab dah tak larat.
“Anak kali ini dugaan yang saya nampak adalah pada isteri saya kerana mungkin faktor usia. Dia banyak sangat alahan. Saya berterima kasih kepada isteri dan InsyaAllah saya akan kongsikan wajah anak dalam masa terdekat ini,” katanya.
Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah selain turut menjaga seorang anak angkat bernama Ameena.
- SUMBER
- mStar Online
Tau nk ank rmi je?? Tu la lki. Pastu bla bini da lri shape, mula la nmpk buruk bini.xpndai jga badan la, bdan mcm bdak la.
Rahim plug nko tk nk kawin ke?
Semoga membesar menjadi anak yg soleh