fbpx

Netizen Puji Suara Merdu Fattah Amin Takbir Raya

Selepas lagu nyanyianya, Wanita Terakhir berjaya menambat hati ramai pendengar, pelakon sensasi Fattah Amin mengambil peluang untuk merakamkan lagu rayanya sendiri berjudul ‘Syawal Kali ini’.

Lagu ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan itu ternyata mendapat reaksi positif daripada pendengar. Rata-rata mereka mengatakan lagu tersebut mengembalikan nostalgia lagu raya sekitar tahun 90-an.

Jika sebelum ini ramai yang mengkritik Fattah tidak boleh menyanyi, namun untuk lagu kali ini Fattah mendapat pujian netizen terumata sekali ketika dia melaungkan takbir raya pada permulaan lagu.

Apa-apa pun lagu raya Fattah ni memang sedap didengar. Memang terasa suasana raya. Cara nyanyian Fattah juga ada perubahan berbanding sebelum ini.