fbpx

Netizen Puji PU Riz Makin Kacak Lepas Kahwin

Baru-baru ini, perkongsian terbaru pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail di Instagram menjadi perhatian ramai.

Meskipun perkongsian tersebut adalah untuk mempromosikan ubat kesihatan, namun ramai netizen terutama di kalangan wanita memuji ketampanan suami kepada Neelofa itu.

BACA: Polis Cadang Neelofa, PU Riz Dikenakan Kompaun Langgar SOP

Rata-rata netizen mengatakan PU Riz dilihat semakin kacak selepas berkahwin. Malah, ada yang menyamakan wajah Haris dengan selebriti lain seperti Hairul Azreen dan Sufian Suhaimi.

Tidak kurang juga, ada yang wanita berseloroh meluahkan rasa kecewa Haris sudah berkahwin. Kata netizen lagi, lelaki yang sudah bergelar suami orang sememangnya kacak.

Terdahulu, Haris atau selamat mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular, Neelofa pada 27 Mac lalu di sebuat hotel terkemuka di ibu negara.