fbpx

Netizen Puji Nyanyian Nabila Razali Sedap, Sempurna

Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) melabuhkan tirainya semalam apabila lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari dinobat sebagai juara sekaligus menewaskan 11 lagu yang bertanding.

Antara yang menjadi perhatian malam tadi persembahan penyanyi Nabila Razali dan Khai Bahar menerusi lagu Selagi Ku Ada. Nyanyian Nabila sudah pasti dinanti ramai dan ianya berjalan lancar tanpa ada ‘terkucil’.

BACA: Nyanyian Semakin Mantap, Netizen Terkejut Perubahan Suara Nabila Razali

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Memetik Hib Glam, rata-rata netizen memuji perubahan vokal penyanyi itu yang menunjukkan banyak peningkatan dan suara Nabila sedap berbanding sebelum ini.

“Sedapnya suara Bella (Nabila). Banyak peningkatan berbanding sebelum ini,” puji seorang netizen

“Suara Nabila sangat sempurna malam ini. Tahniah!,” kata seorang lagi peminat.

 

Terdahulu hangat diperkatakan mengenai persembahan Nabila Razali di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang dikatakan terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua sehingga penyanyi itu dikecam teruk.