fbpx

Nyanyian Semakin Mantap, Netizen Terkejut Perubahan Suara Nabila Razali

Semalam berakhirnya program realiti hiburan The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4). Ramai tidak percaya identiti disebalik maskot Teratai adalah penyanyi Nabila Razali.

Jika sebelum ini Nabila sering menerima kecaman netizen berikutan tidak boleh menyanyi dengan baik ketika live, namun berbeza di program tersebut apabila mendapat pujian juri setiap minggu.

BACA: Suami Beri Sokongan, Minta Nabila Razali Masuk Banyak Kelas Nyanyian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Malah, juri program tersebut turut terkejut dengan perubahan vokalnya serta kagum dengan nyanyiannya yang semakin mantap.

Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen tidak menyangka suara Nabila banyak perubahan serta berharap agar penyanyi itu terus belajar untuk menjadi lebih baik.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Nabila juga telah membuktikan bahawa dia juga seorang penyanyi yang bagus. Tidak kurang juga, ada netizen berseloroh Nabila kena menyanyi pakai topeng barulah suara power.