fbpx

Isnin lalu, berlangsungnya majlis pernikahan personaliti media sosial, Syifa Melvin bersama kekasih hatinya, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid.

Sabtu lalu, berlangsung pula majlis bertandang belah pengantin lelaki di Dungun, Terengganu.

BACA: Ibu Minta Netizen Henti Kecam Syifa Melvin

Menerusi video dan foto dikongsikan oleh netizen di media sosial, pasangan pengantin dilihat segak dan cantik menggayakan busana songket berwarna gelap.

Dalam satu video dikongsikan netizen di aplikasi TikTok memaparkab Syifa dan Safawi sedang berjalan ke arah pelamin dipercayai majlis tersebut dilakukan di dalam sebuah dewan secara sederhana.

@farahlmanina

Cantiknyaa syifa ! Simple je ? Masjis Bertandang #syifawi #syifamelvin #safawirasid29 #kekasihakhirnya

? suara asli – luv.lesti – CLOSED

Diruangan komen rata-rata netizen kagum dengan majlis perkahwinan pasangan itu yang dilihat simple dan tidak berlebih-lebihan jika dibandingkan dengan majlis selebriti yang lain.

Dalam pada itu, ada yang memuji buasan yang digayakan pengantin juga dilihat sopan dan sedap mata memandang.  Malah, ramai mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Syifa sah bergelar isteri Safawi Rasid pada 28 November dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka ibu kota