fbpx

Netizen Puji Isteri Fizo Omar Matang, Beauty With Brain

Baru-baru ini, isteri pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri ada memuat naik video di Instagram miliknya motivasi berkenaan tentang rasa syukur.

Menurut Fazeera, rasa syukur dan redha tidak akan menjadikan seseorang itu kaya namun ia akan membuat kita berasa ‘kaya’ dengan rezeki yang Tuhan berikan.

BACA: Kongsi Foto Maryam, Netizen Minta Fizo Omar Berhati-Hati

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fezyra Nesry (@ffezyranesry)

Kata Fazeera lagi, ada yang diberikan kekayaan namun tidak bahagia. Fazeera turut menggunakan botol air sebagai perumpaan kita sering berfikir tentang perkara yang tidak miliki seakan tidak mensyukuri apa yang kita ada.

Fasih berbahasa Inggeris, rata-rata netizen tertarik dengan kata-kata diberikan Fazeera dalam memberikan motivasi.

Malah, ramai yang memuji perkongsiannya itu serta menjadikan wanita itu inspirasi. Tidak kurang juga ada menggelar isteri Fizo itu ‘beauty with brain.

Fizo dan Fazeera bernikah dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana di sebuah resort di Janda Baik, Pahang pada Oktober tahun lalu.