fbpx

Kongsi Foto Maryam, Netizen Minta Fizo Omar Berhati-Hati

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai percutian pelakon Fizo Omar apabila tular gambar anaknya Wan Maryan dilihat berseorangan di sebuah taman tema.

Bagaimanapun, Fizo menafikan dakwaan dia mengabaikan anaknya serta menyifatkan dakwaan tersebut tidak masuk akal. Katanya lagi,  dia tidak akan mengabaikan anaknya apatah lagi Maryam sememangnya rapat dengannya.

BACA: “Tak Logik Kalau Saya Tinggalkan Anak Seorang Diri” – Fizo Omar

Terbaru, Fizo dilihat ada memuat naik gambar di Facebook bersama ibu, isterinya, Fazeera Nazri dan anak perempuannya.

Foto tersebut turut disertakan dengan kapsyen ringkas emoji love dan tarikh 2.2.22. Difahamkan, Fizo sekeluarga berada di sebuah restoran di Bentong, Pahang.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meninggalkan komen meminta pelakon itu supaya lebih berhati-hati.

Malah, ada yang meminta supaya pastikan Maryam tidak berseorangan kerana ada banyak mata-mata yang memerhati dan bimbang jika isu sama berulang.

Terdahulu, Mawar Karim ada memuat naik perkongsian di Insta Story memberi bayangan percutian anaknya bersama Fizo tidak seindah seperti ditayang di media sosial.

Malah, Mawar turut kecewa apabila anaknya itu menyebut perkataan sad (sedih) selepas pulang bercuti dengan bapanya.